REMEMBER THE PAST, PLAN FOR THE FUTURE BUT LIVE FOR TODAY BECAUSE YESTERDAY IS GONE AND TOMORROW MAY NEVER COME ヅ

About Suhaila Shafyth's

My photo
Ordinary girl with Extraordinary passion for everything she did ヅ Currently student Diploma in Nursing,KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA and BELIEVING and KNOWING that nothing can happen to us or hurt us, UNLESS it is by ALLAH's will ♥ Life always offers you a secoond chance. It's called tomorrow.

Monday 27 August 2012

, Berterima kasih atas semalam yang menguatkan kita hari ini.

Assalamualaikum fellas.




Sebenarnya saya berkira- kira, untuk menulis atau tidak tentang hal ini. Sebab kebelakangan ini, saya mula sedar beberapa hal yang saya tulis akan menderu- deru menguji diri saya semula, dan itu menyakitkan. Sehingga sampai satu had yang menyebabkan seolah- olah saya menjadi takut untuk menulis lagi. Bimbang saya dikejar sesuatu yang mungkin pada awalnya saya benci, kemudiannya saya diuji untuk menyukainya. Atau tentang sesuatu yang saya seru, tiba- tiba saya menjadi begitu ingin meninggalkannya sesegera mungkin. Sungguh, itu menyakitkan. Pertarungan dalam diri sendiri, dan akhirnya saya membuat kesimpulan- akhir- akhir ini saya semakin takut dengan diri sendiri. Dan ia makin rumit. Hal ini cuba saya suarakan pada teman baik saya, mengaku depannya tentang diri yang runsing, adakah saya sedang cuba menjadi diri sendiri atau saya sedang mengubah diri.- ia agak membosankan bukan? ya saya tahu.


jangan ubah diri kita semata-mata untuk buat orang sukakan kita, itu hipokrit namanya. jadilah diri kita sendiri sebab kalau betul dia suka kita, dia akan terima kita seadanya. :)
Itu yang selalu kita dengar tak kira dimana sahaja kita berada. Betul! Jangan berubah hanya kerana disuruh orang atau dipaksa orang. Berubahlah diatas kerelaan diri kita sendiri dan bukannya disebabkan oleh orang lain. Kalau betul orang tu sayangkan kita, dia akan terima kita seadanya walaupun pada masa itu orang lain memakai pakaian up-to-date dan kita hanya berselipar jepun, pakai baju dan seluar yang lusuh. *tapi jangan la pakai pakaian yg dah boleh dijadikan kain buruk pulak.* Maksud sue disini, pakai pakaian yang sedap mata memandang lah kan. Kalau pakai baju macam kain buruk tu, memang patut la si dia ubah korang.



P/S : tolong jangan ubah seseorang itu mengikut citarasa awak atau ubah dia ikut kenangan silam korang dengan "si dia". Korang ubah pasangan korang sekarang hanya sebab teringatkan cara dan gaya EX korang yang dulu. Tak patut korang buat pasangan korang macam tu. Tolong fikirkan hati dan perasaan pasangan korang kalau dia dapat tahu hal tersebut? Pasangan korang itu pun ada hati dan perasaan jugak. Tolong hormat dia sebagai pasangan korang. Kalau dah rasa tak boleh terima cara dan sikap dia then kenapa kau gatal-gatal nak bercinta dengan dia? Lebih baik kau cari jea EX kau yang lama tu. Setiap orang mempunyai gaya mereka yang tersendiri. Kita ini siapa pandai-pandai nak ubah diorg kan? 

Tak mengapa, jangan pening, kerana manusia memang begini, kadangkala tersepit dalam diri sendiri, ya, dalam diri sendiri. Anda juga bukan, jangan cuba nafikan, semua orang dalam waktu-waktu tertentu menghadapinya, perasaan ingin sendiri, tidak mahu bertemu dengan sesetengah individu, atau merasa ingin memohon maaf dengan semua orang, atau perasaan telah melakukan dosa dengan semua orang, merasa diri tidak mampu menjadi yang terbaik, merasa diri kalah, merasa diri hampir rebah, merasa, merasa, merasa, dan akhirnya tempat yang paling nyaman adalah ketika dahi bertemu cinta hatinya si sejadah. ya, ketika itu kita memang KALAH, ayat yang mampu berada dihati hanyalah

 " Ya Allah, sungguh aku serahkan diriku hanya pada-MU, segala urusanku atas kekuasaan-Mu, aku lemah dan engkaulah pemberi kekuatan kepadaku."- ketundukan, kepatuhan, segenap urusan kita hanyalah pada Allah, ya serahkan, segenap jiwa, segenap raga hanya pada DIA!

Walau apa pun yang terjadi, prinsip saya mudah- “untuk melewati badai, yang harus kita lakukan adalah terus berjalan, bukannya berhenti”(pinjam ayat filem kejap ^.^)

Untuk dia, kawan baik "kami",

“ meski seluruh dunia merasakan ia jahat, meletakkan diri kita sebagai watak jahat, watak yang sepatutnya dibenci, usah dihirau, jika benar kita tenang melakukannya (atas dasar yakin ia teguh atas hukum Tuhan), sekalipun pahit, teruslah berjalan, dan jangan lupa memohon petunjuk DIA.”

Dan untuk dia.

“ Kemaafan atas sesuatu yang kelihatan zalim tidak pernah dijangka itu pahit, bertabahlah, ujian Allah atas dasar kasih untuk hamba-Nya makin mendekat, yang sebenar cinta itu adalah ketika kita tidak merasa takut kehilangannya, kalau engkau tahu, betapa harus kita yakin soal ketentuan Allah, kau akan takut mengeluarkan perkataan tidak redha atas perbuatannya”.




Untuk kita.

Ayuh kita KEMBALI. Nun disana medan terbesar sedang menanti. Moga kita semua dikuatkan hati.

Atas apa yang berlaku dalam tempoh- tempoh ini. Jadikan pengajaran, setiap simpang di perjalanan menuju Allah, ada hikmah sedang menanti. Berterima kasih atas semalam yang menguatkan kita hari ini.

Okey.

Kesimpulan terakhir untuk saya- keadaan sekeliling dan situasi teman- teman, mengapa ia begitu mempengaruhi diri saya? Haisshh! .

Peace ^_^





♥ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ♥