REMEMBER THE PAST, PLAN FOR THE FUTURE BUT LIVE FOR TODAY BECAUSE YESTERDAY IS GONE AND TOMORROW MAY NEVER COME ヅ

About Suhaila Shafyth's

My photo
Ordinary girl with Extraordinary passion for everything she did ヅ Currently student Diploma in Nursing,KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA and BELIEVING and KNOWING that nothing can happen to us or hurt us, UNLESS it is by ALLAH's will ♥ Life always offers you a secoond chance. It's called tomorrow.

Thursday 15 November 2012

, Saya rasa rindu awak bila saya bangun dari tidur lena awak tiada di sisi saya.


Assalamualaikum pembaca setia,  sweet stalkers dan sewaktu dengannya ^__^




Saya ingin memiliki seorang ADAM yang Allah ciptakan dia mungkin untuk saya he he he.. Seorang ciptaan Allah yang sangat-sangat teragung, sempurna , baik dan segala-galanya ada pada dia. Tapi hancur gila hati saya sebab terpaksa lepaskan dia. Maybe saya tak boleh terima dia kot. Sebab dia terlampau baik, saya fikir dia boleh jumpa yang lebih baik lagi dari saya lagipun belum tentu lagi saya boleh jadi yang terbaik untuk dia dan jadikan saya seorang perempuan yang dia sanjung saya setinggi gunung. Tapi harapan saya hancur sebab saya lepaskan dia macam tu jea. 

Ye lah. Harapan saya sangat-sangat besar. Nak miliki dia bukan sekadar jadi pasangan kekasih saya malah saya ingin menjadi yang halal untuk dia. :) Ingin menjadi isteri yang solehah hanya untuk dia. Hanya diri dia yang saya ingin miliki.. Atas restu Allah saya ingin miliki dia, saya nak dia menjadi yang terakhir buat saya :( W
alaupun seketika, saya mengenali dia, dia sangat-sangat mengerti dan fahami saya.. Hurm sungguh hebat ciptaan Tuhan tu. Ya Allah, kau maha pemurah, kau berikanlah jalan dan ruang untuk ku lebih mengenali dan memiliki cahaya yang bersinar itu Ya Allah. Cahaya yang tak pernah saya lalui dan temui sepanjang hidup saya tapi saya fikir saya salah mengerti dia. Hurmm saya nak sangat-sanngat dia tahu yang saya sangat mencintai dia. Sangat-sangat sayang kan dia. Dulu dan sekarang saya hanya merindui dia. :( 



Dari 1st jumpa mengejar tapi berhenti... Bila di kejar cuba gapainye dan tangkap biar dia jadi milik saya. Namun saya akur, saya mesti akan gagal. Gagal untuk memilikinya. Ya Allah saya nak sangat-sangat habiskan masa hidup saya nie hanya bersama dia. Ya Allah, berikanlah sedikit waktu untuk saya bersamanye sebelum ajal KU tiba, berikan masa saya bersama dia, saya nak hari-hari saya hanya bersama dia meskipun seketika.. Saya dah cukup lega untuk tempuhi segala-galanya jika dia selalu disisi saya. Saya hanya mahukan dia! Hanya dirinya Ya Allah.. "aku memohon kepada-Mu
 Ya Allah berikan ku cinta untuk ku persembahkan hanyalah pada dia. Dia anugerahku kasih hanya untuk berkasih berbagi dengan mu".....  



Hurm.. saya tahu walaupun semua ni hanya ade dalam mimpi saya, angan saya tapi saya berharap dari mimpi dan angan-angan saya itu menjadi kenyataan. Kenyataan yang terindah. Peristiwa yang terlalu bernilai dan berharga yang takkan saya lupakan. Kenangan yang terhebat yang tak pernah saya rasai.... Ya Allah saya nak dia tahu yang saya sangat-sangat mencintai dia.. Saya memohon seandainye masih ada lagi ruang untuk saya bertapak..  Saya nak jadi seorang perempuan yang sangat-sangat bertuah sbb dapat memiliki dia walaupun seketika. Awak, saya nak awak tahu saya sedang merindui awak, saya rindu kenangan kite, rindu nak dgr suara awak ''walaupun baru malam nie saya tak dgr suara awak", saya nak awak tahu yang saya bertuah sbb dapat kenal awak dan saya nak awak tahu.  saya amat hargai awak dan kehadiran awak dalam hidup saya. 

Awak, saya mintak maaf sebab selalu menyusahkan awak, penatkan awak, mengatur awak, ganggu masa awak kerja dan menyibukkan diri saya dalam hal-hal harian awak. Dan saya mintak maaf sebab saya mencintai awak selama nie. Saya nak mintak maaf sbb 1st kite kenal, saya mula menyanyangi awak tapi saya dah cuba untuk berhenti. Berhenti mengharap dan berharap. Saya rindukan awak. Jujur dan ikhlas saya katakan yang saya mula rasa kehilangan awak bila awak tak pedulikan saya. Saya rasa rindu awak bila saya bangun dari tidur lena awak tiada di sisi saya. :( Saya rindukan awak. Rindukan belaian awak. Maafkan saya. :(




# Ya Allah permudahkan segalanya.. Urusan aku di atas dunia mu dan perjalanan hidup ku di atas dunia dan di akhirat nanti.. Aku memohon kepada Mu jadi kan aku seorang insan yang kuat dan teguh dalam menempuhi cabaran dan dugaan Mu Ya Allah. Aku memohon kepada Mu.. :) #















♥ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ♥

, Awak jangan merajuk lama-lama eh nanti saya rindu.

Assalamualaikum awak yang tengah membaca ! *buat mata blingbling* Hahaha saya memang nak kena campak dalam sungai kinabatangan macam awak selalu cakap tu kan?

Awak. Saya tak tahu samada awak marah saya atau awak tengah sibuk sekarang. Tak pun mesti awak tengah tidur lena kan. Saya takut nak msg or call awak banyak-banyak kali. Saya takut kena marahAwak tahu tak? Saya tengah tunggu awak nie. Saya rindu awak. Seriously saya betul-betul mintak maaf. Saya takde niat pun just nk gurau-gurau jea mula-mula tapi jadi lain pulak hal nya.

 .....Awak..... 
..Maaflah.. 
Kan saya dah cakap saya memang tak boleh jadi yang terbaik untuk awak kan tapi awak tu lah yang degil sangat! Tengok sekarang kita gaduh tiap-tiap hari dah and it's all because of me.
Saya nie kurang dalam semua segi perkara. Saya tak pandai masak. Saya tak pandai kemas rumah. Saya bengap dalam melakukan kerja saya. Saya lembap dalam berfikir. Saya tak pernah berfikiran matang. Saya nie lurus bendul macam awak selalu cakap tu. *takpe saya tak terasa hati pun. semua yang awak cakap tu perkara yang betul. saya takkan 'dush-dush' awak kali nie* Heeeeeeeeee ^__^

 Sebab tu lah :(... Awak, saya harap awak maafkan saya. I really miss you. Saya tunggu awak sampai awak msg eh. Saya sayang nak tidur sebab saya takut masa saya tidur tiba-tiba awak ada sedikit masa untuk luangkan bersama saya. :( Sebab tu lah saya taknak tidur dan tetap tunggu awak walau ape pun terjadi kat saya sebab jelas dan  ternyata saya sayangkan awak, rindukan awak. :( Awak jangan merajuk lama-lama eh nanti saya rindu. :( Maafkan saya. Maafkan saya sebab saya nie tak sempurna untuk awak. Sangat tak sempurna untuk awak </3


♥ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ♥

Thursday 1 November 2012

, DEAR Iman, this is for you husband ♥


*comey tak saya edit gambar nie? penat tau awak!*


Awak dah membesar dari segi umur dan badan :)
Semoga Allah memberkati hidup awak selalu.
Semoga awak bahagia di sebelah depan dan belakang orang-orang yang awak sayang.
Moga yang terbaik hanya untuk awak.

Awak tahu tak?
Saya sayang awak tapi sayang saya pada awak tak melebihi sayang saya pada DIA.

Awak tahu tak?
Saya sangat bersyukur awak hadir dalam hidup saya dan saya terima ketentuan DIA.

Awak tahu tak?
Bila saya marah dengan awak, saya nangis sendiri sebab saya tak mampu nak tengok awak sedih sebab saya.

Kalau seribu orang tak nampak apa kebaikan awak, tapi saya nampak!
Kalau seribu orang nampak kejahatan saya, tapi awak buat-buat tak nampak!
Saya bersyukur awak terima saya seadanya.

Saya mencari suami bukan kerana hartanya tapi kerana PEGANGANNYA.
Saya yakin awak boleh membimbing saya ke jalan yang diredhaiNYA.

Awak banyak ubah saya untuk menjadi seorang yang positif.
Dulu saya suka marah marah.
tapi awak ajar saya erti kesabaran.

Bila saya tengok macam mana awak bersabar melayan kerenah saya yang tak pernah habis ni.
Saya belajar!
Saya belajar untuk bersabar melayan kerenah awak yang tak pernah habis jugak.

Pada saya asas dalam perhubungan sangat mudah.

MENERIMA DAN MEMBERI.
kadang kadang kita kena memberi pertolongan sebab kadang kadang jugak kita akan menerima pertolongan.
kadang kadang kita kena memberi kritikan sebab kadang kadang jugak kita akan menerima kritikan.
Bukankah ini lebih adil?

KEJUJURAN
ini SANGAT PENTING ! 
Saya lebih menghargai dan akan memaafkan bila saya dengar pengakuan tu dari mulut awak sendiri. Tak kisah dalam apa apa situasi jangan berahsia sebab sikap ni menentukan berapa lama perjalanan kebahagiaan kita.insyaAllah.

Cukuplah awak ada untuk saya.
Cukuplah saya ada untuk awak.
Saya BERSYUKUR. ALHAMDULILLAH.

Ini adalah hari lahir yang pertama awak bersama saya. 
Saya mengharapkan hubungan kita diakhiri dengan satu ikatan yang sah.
Saya mengharapkan kita masih bersama hingga ke Jannah. insyaAllah.

Saya tak perlukan orang lain untuk membuat hati saya gembira.
Saya tak perlukan sesiapa untuk membuat bibir saya menguntum senyum.
Cukup saya ada keluarga saya.
Cukup saya ada AWAK.
Cukup saya ada teman baik saya.
Syukur!

Selamat Hari Lahir Awak. Saya sayang awak. Saya Kasihkan awak.
Semoga hubungan ini direstui. Insyallah.


Malam ini,
ketika lenganku tak mampu untuk memelukmu disana,

biarlah doaku yang melakukannya.

Dan ketika bibirku tak mampu untuk berkata,

biarlah angin yang membisikannya.

Assalamualaikum sayang

Hari ini hari ulangtahun kelahiranmu

Hari ini aku masih diberi peluang

Menikmati hidup bersamamu

Menatap senyumanmu yang menyenangkan
Merenung dalam-dalam matamu yang penuh kelembutan

Selamat ulangtahun sayang
Semoga tambahnya usiamu
Meningkatkan kematanganmu
Menguatkan keimananmu
Mencantikkan keperibadianmu

Selamat ulangtahun sayang
Tiada hadiah yang istimewa dapat kuberikan
Selain cinta kasihku untukmu 
Sayang dan kesetiaan sebagai isterimu
Keikhlasan yang jitu biar apapun yang berlaku

Aku terimamu dengan kisah silammu
Aku terimamu dalam keadaan sekarang
Aku akan terus disisimu selagi kau mahu
Sesungguhnya itulah hadiahku untukmu
Selamat ulangtahun sayang







♥ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ♥