REMEMBER THE PAST, PLAN FOR THE FUTURE BUT LIVE FOR TODAY BECAUSE YESTERDAY IS GONE AND TOMORROW MAY NEVER COME ヅ

About Suhaila Shafyth's

My photo
Ordinary girl with Extraordinary passion for everything she did ヅ Currently student Diploma in Nursing,KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA and BELIEVING and KNOWING that nothing can happen to us or hurt us, UNLESS it is by ALLAH's will ♥ Life always offers you a secoond chance. It's called tomorrow.

Tuesday 16 October 2012

, by the way, i'm wearing the smile you gave me ^__^


Lembut wanita kerana senyumannya

Cekal wanita kerana beraninya
Patuh wanita kerana kesetiaannya
Sabar wanita kerana imannya
Kasih wanita kerana belaiannya
Lemah wanita kerana air matanya
Ikhlas wanita kerana simpatinya
Pendam wanita kerana cemburunya
Sayang wanita kerana sikap keibuannya
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah
Dan kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah




Mencintaimu adalah perkara yang terindah pernah berlaku dalam hidupku
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku
Kaulah kekasih yang pertama dan terakhir

Andai kau dapat melihat hatiku
Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu 
Menghiasi hari-hariku.

Senyum dan suaramu
Teduhkan jiwaku
Cintailah aku dengan kesungguhanmu
Kerana aku sangat-sangat mencintaimu




Sometimes, when I get really lonely at night and I don’t know what to do, I wrap my arms around my teddy bear as tightly as I can, pretending that I’m really holding on to you. I do this because I miss you so much and it seems as if hugging my bear makes the pain go away. Every once in a while it feels the same as when I’m with you, except your arms don’t tighten around me, I don’t feel your lips on my neck, or you cheek against mine. Okay it isn’t the same, in fact, it kinda makes me feel even lonelier. It isn’t you in my arms, but I do it anyway. Because I don’t like giving up hope cause it’s brought you to me in the first place. And maybe one day, when I’ve kept my hope long enough, I won’t have to pretend you’re my teddy bear. 




♥ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ♥

Sunday 14 October 2012

, Sweet ngatngat kan awak? Tapi saya tahu itu sekadar angan-angan jea. Awak dah ada dia. Awak terlampau cintakan dia.

2.0.1.2
JANUARI
 Kita.Kawan.Selamanya

Kita macam orang asing kan semasa kita mula-mula kenal dulu?
Awak ada si dia, dan saya pun ada si dia.
Tapi selepas berapa bulan saya kenal awak saya dah mula jatuh hati dekat awak.
Tapi saya tahu awak tak akan pernah pandang gadis mcm saya.
Saya comot, tak lawa sebab tu saya tak ramai stalker mcm si dia.
Dia ada segalanya. lawa! pandai! cantik! kaya! 
Saya tengok dia sesuai sangat dengan awak.

Awak nampak sweet sangat tau dengan kerenah awak yang mcm-2 ragam tu.
Saya cemburu tengok si dia dilayan mcm permaisuri dalam hidup awak.
Seolah-olah hanya si dia sahaja gadis yang wujud kat dunia nie.
Awak tak pandang pun girl lain even saya. *Hahahahha gelak malu*

FEBRUARY
Awak 'Abang' & Saya 'Adik'


Dan pada suatu haritu, saya post status dekat facebook dan awak mula komen status saya.
Rasa nak menjerit jea masa tu biar satu dunia tahu yang budak crush saya nie komen status saya.

Hahahah kelakar kan? Dalam diam saya dah mula menyukai awak.
Tapi awak tak nampak lagi kot sebab saya simpan perasaan suka saya tu kat dalam satu sudut hati saya yang paling dalam. 

Malu la saya kalau awak tahu yang saya suka awak dalam diam.
Lepastu kita mula rapatkan awak?
Awak abang saya dan saya adik awak yang paling comel. * buat muka nak makan kaki*
Kita riang sangatkan masa tu?
Awak kutuk saya, saya kutuk awak.
Awak perli saya, saya perli awak.

Eventhough kadang-kadang saya terasa sedih sebab saya hanya mampu jadi adik awak jea tapi saya bersyukur sangat sebab saya mampu buat awak gembira, ketawa terbahak-bahak sampai nak terkeluar bijik mata kaw abg.
Aku suka sangat buli kaw kan abg? Hahahahha *miss those moments*


MARCH
Kita Semakin Menggila ^^

Dah berapa bulan kita kenal.
Awak selalu cerita masalah awak dekat saya kan?
Saya pun banyak membebel tak tentu pasal kat awak.
Dah macam jagung popcorn saya membebel dekat awak kan?
Sampai awak naik pening-pening dengan perangai gila-gila saya tu.
Saya selalu penuhkan notification awak sampai awak selalu marah-marah saya kan?
Hahahah Saya suka tengok awak marah. Nampak comel ngatngat! 



Saya selalu tengok gambar awak. But most of your photos was fulled by her picture.
Rasa nak menangis jea at that time. 
Tapi saya sedar yang saya nie bukan siapa-siapa dalam hidup awak kan?
Saya bukan mak awak, bukan makwe awak, bukan adik awak, bukan kakak awak, bukan saudara-mara awak, dan yang penting saya bukan CINTA HATI awak.
So saya diamkan diri saya dari facebook untuk seketika.
Bila awak tanya kenapa, saya jawab sebab nak fokus on my final bulan 3 nanti.
Awak taktahu yang saya byk makan hati tengok status awak dengan si dia.
Awak nampak bahagia sangat dengan si dia ^^
Saya pun turut sama bahagia bila tengok awak macam tu.

Kadang-kadang bila saya duduk bersendirian kat tepi padang lepas jogging and main squash.
Saya pernah terfikir kalau saya dapat awak.
Saya takkan pernah sia-siakan hidup awak.
Awak, akan saya jaga hingga ke akhir hayat saya walaupun saat tu kudrat saya dah tak seberapa.

Saya nak awak tahu yang saya sangat sayang awak.
Saya selalu berangan yang saya akan buat macam-macam untuk awak kalau awak jadi PELENGKAP HIDUP saya. *sebab saya sayang awak! heeeeee*


Sweet ngatngat kan awak?
Tapi saya tahu itu sekadar angan-angan jea.
Awak dah ada dia.
Awak terlampau cintakan dia.
Dan tak mungkin saya akan jadi milik awak.

So saya teruskan kehidupan saya seolah-olah takde apa yang berlaku.
Saya belajar untuk final saya.
Saya taknak sebab cinta, result saya pun rosak.
So saya terpaksa ketepikan awak dan lupakan awak buat seketika.

| JUNE |

Awak datang kelantan sebab abg awak kahwin dengan awek kelantan.
Saya ingat lagi awak cakap kat saya 

Awak : "takkan nak cari aweks kelantan kot. nak mati? Hahah"
Saya : "Hahahah kenape? aweks kelantan cun ape? Lawa-lawa. Comel-comel."
Awak : "Hahahahha aweks muar lagi comel"


Tersentap perasaan saya masa tu tauk. Tiba-tiba jea rasa sebak nak menangis. 
But at least takpe la. Saya tahu yang saya tak patut menaruh harapan lagi dekat awak.
Dah jelas-jelas awak tak suka awek kelantan kan?



AUGUST 
Jeng! Jeng! Jenggggggg!

Awak tahu tak, when we first met. *not really met actually*
I had no idea that you would be so important to me.
Saya call awak tapi awak cakap malu nak bercakap dengan saya sebab suara awak tak macam orang lain.
Tapi ada saya kesah dengan semua tu?
Tak penting pun suara awak macam orang lain ke tak. 
Walaupun suara awak mcm patrick  squidward, sandy sekalipun saya still suka dengar tau tak?


Awak mengadu dekat saya masalah awak dengan si dia selama awak dengan dia couple.
Walaupun saya sedih tapi saya dengar juga masalah awak.
Saya nie jenis hati yang sangat lembut dan sensitif bila ia melibatkan orang yang saya sayang.
Bila saya banyak bagi nasihat dekat awak, banyak membebel, banyak ceramah, banyak motivasi awak last-last awak sedar jugak kan?
Alhamdulillah saya lega sangat tengok awak sekarang.
Awak dah boleh tersenyum, ketawa macam dulu, dah jarang menangis. 
*budak cengeng + gembeng + manja + sememeh!*

Tapi watak awak dah tak macam yang saya mula-mula kenal dulu.
Mungkin awak masih terluka dengan sikap dia terhadap awak. kan?
Takpe. saya faham situasi awak sb tu saya tak kesah.
 

Saya janji dengan awak yang saya akan jaga awak sampai bila-bila.
Dan pada saat itu jugak awak serah hati awak untuk saya tunaikan janji saya itu.
Saya terkejut sangat sebab saya ingat awak tak akan terima.
Terima kasih awak sebab sudi terima saya dalam hidup awak walaupun saya tahu susah untuk awak terima saya dan susah lagi apabila awak terpaksa tinggalkan dia dan lupakan kenangan awak bersama si dia.

Tiap-tiap malam awak menangis sebab awak rindukan dia.
Awak tak boleh lupakan dia.
Saya pun turut menangis awak bila saya tengok awak terlampau cintakan dia.
Awak tak boleh lupakan dia. Awak tak boleh hidup tanpa dia.
Saat tu saya sedar yang saya betol-betol tak layak untuk awak.

"Its funny how we feel so much but we dont say a word,we're screaming inside but we cant be heard."


Sedar tak sedar dah dua bulan kan awak kita bersama.
Macam-macam yang kita dah lalui bersama.
Yang paling teruk bila saya terpaksa dimadukan oleh awak.

Tapi saya redha sebab saya tahu awak tak boleh lupakan dia.
Saya terima diri saya seadanya. Saya sedar siapa saya disisi awak.
Saya bahagia bila tengok awak bahagia sangat bersama si dia.
Saya terkejut bila dapat msg dari dia yang mengatakan awak dengan dia still bersama.
Macam nak luruh jantung saya masa itu. Airmata saya hampir gugur tapi saya tahan sebab keluarga saya ada dalam kereta masa tu.

Bila sampai jea dekat bilik saya terus menangis meraung macam orang gila.
Tapi saya tahan jugak perasaan saya masa itu sebab saya tahu awak mesti bahagia bersama dia. So saya buat keputusan untuk tinggalkan awak. Tapi kenapa awak taknak lepaskan saya?


Awak cuba untuk pujuk saya, tapi saya degil.
Saya taknak dengar apa yang awak cakap sebab hati saya dah sakit sangat masa itu.
Dan bila saya discuss balik dengan kakak-kakak saya then saya terima awak balik.
Saya tahu bukan silap awak bila awak terima dia kembali dalam hidup awak.
Dia umpama nyawa awak yang telah hilang dan kembali balik kepada awak.
Yang saya tahu, saya bahagia bila di samping awak. 
Awak banyak menceriakan hidup saya sejak awak hadir dalam hidup saya.



Setelah semua masalah kita dah selesai, kita jalani kehidupan seharian kita seperti biasa. 
Bergaduh, bertengkar, bermanja kemudian bertengkar balik.
Kadang-kadang macam nak roboh jea bangunan kolej saya nie sebab asyik menjerit jea dekat awak. kan? kan? kan?

Itu lumrah kehidupan kita sejak kita bersama kan?
Saya bahagia bersama awak.
Bahagia sangat-sangat awak so awak jangan risau kalau saya tak bahagia bersama awak.
Kerana awak adalah segalanya bagi saya.

Mungkin kadang-kadang pertengkaran kita macam dah nak roboh hubungan nie tapi tengok-tengok sampai sekarang kita still bersama.
Betul kata awak, kita kena kuat untuk hubungan nie sebab ramai yang cuba untuk hancurkannya. 
Saya cuba untuk memahami dan mengenali awak.
Dan awak pun cuba untuk memahami kerenah dan mengenali sikap saya.
Kita bahagia dengan cara kita.



Awak suka buat saya menyampah dengan sikap jerk awak tu tauk?
Awak suka sangat usik saya kan?
Cakap saya nie mengigau lah, psycho saya lah.
Pening saya nak layan kerenah awak selama 2bulan nie tauk?
*sabar jela dengan sikap budak-budak awak tu*
Awak suka marah-marah saya.
Awak tak bagi saya makan makanan pedas lah *padahal awak tauk tu feveret saya*
Awak tak bagi saya makan ice-cream. *mcm org gila saya menahan dari tak memakannya tauk*
Awak tak bagi saya minum ais *saya tak boleh hidup tanpa ar sejuk tauk?*

Tapi bila saya tanya kenapa awak halang saya dari makan dan minum semua tu.
Satu jea jawapan yang awak bagi dekat saya.

"Cuk tak bagi sayang makan makanan pedas, minum air sejuk, minum ais, makan ais krim bukan sebab ape, tapi cuk taknak tengok sayang sakit. Cuk tak sanggup tengok sayang selalu sakit perut lagi-lagi bila sayang senggugut. Sebab tu cuk larang sayang dari makan semua makanan itu."
Awak tauk tak saya sebak sangat bila dengar awak cakap mcm tu. Saya taktahu yang awak terlalu mengambil berat tentang saya. Saya tak sedar selama nie. Saya selalu marah-marah awak bila awak halang saya dari makan semua itu.  Awak terlampau menjaga saya sayang. Yesssss! Mulai harini saya akan dengar cakap awak comel.
*walaupun kadang-kadang saya langgar syarat awak, saya mintak maaf yea. Saya tak bole berhenti terus dari makan ais krim, minum minuman sejuk sebab tu memang dah feveret saya*


Terima kasih awak untuk segalanya.
Awak dah banyak mengubah hidup saya dari gadis jalanan kepada gadis yang mempunyai maruah, mempunyai adab, mempunyai rasa malu, mendengar kata, menjadikan saya seorang yang lebih matang bila buat sesuatu keputusan atau tindakan.

Awak dah banyak bantu saya dalam menjalani hidup saya.
Saya kuat kerana awak sayang.
Terima kasih sekali lagi kerana hadir dalam hidup saya.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan saya dengan insan sebaik awak.



walaupun tak banyak kenangan yang kita cipta tapi ia sangat bermakna untuk hubungan nie.
Memori tercipta dengan indah.
Seindah mimpi dan angan-angan saya sebelum nie.
Awak, PELNGKAP HIDUP saya.
Tak mungkin saya akan tinggalkan awak. 
Jangan pernah khuatir dan ragu-ragu tentang itu yea sayang.
The memory of us. *i will always remember what we've been through to come this far*
I vow to love you and no matter what challenges might carry us apart,
we will always find a way back to each other.


MUHAMMAD ADAM IRFAN IMAN
@05082012
NUR SUHAILA SHAFIEI





♥ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ♥

Saturday 6 October 2012

, Jangan Kau Ragukan Dia Sayang ^^








Assalamualaikum. Hye peeps ^^

Kadang-kadang kita tak pernah terduga apa yang akan terjadi dalam hubungan kita dengan seseorang kan? Tak selalunya sesuatu hubungan itu cerah dan indah. Macam-mcam masalah yang akan menimpa untuk menguji kesabaran kita sepanjang tempoh hubungan itu. Hanya yang betul-betul kuat akan mampu bertahan dalam setiap dugaan dan ujian yang diberikan.

Kau tak tahu betapa sakitnya menyayangi seseorang yang ada orang lain dalam hati dia. Pernah tak kau fikir tentang perasaan dia bila dia terpaksa menahan segala rasa yang dipendam bila kau bercerita tentang bekas kekasih kau dekat dia?

Awak, saya sayangkan awak seikhlas hati saya. Saya tahu awak ragukan cinta dan sayang saya terhadap awak. Tapi yakinlah awak yang saya akan selalu disisi awak ketika susah dan senang awak. Saya tak akan ulangi kesilapan yang sama macam 'dia' buat dekat awak. Saya akan selalu jaga awak, jaga diri awak, jaga kesihatan awak dan jaga cinta saya untuk awak. Tolong jangan lukakan hati saya lagi dengan mengingat lagi kenangan awak dengan 'dia'. Sakit sangat awak bila saya dapat tahu yang awak masih tak dapat lupakan 'dia'.

So awak, tolong jaga hati saya juga boleh? Saya tahu susah untuk awak lakukannya tapi cubalah cintai saya secara perlahan-lahan. InsyaALLAH awak akan nampak siapa cinta awak yang sebenarnya. Janganlah nilai saya kerana rupa dan harta saya tapi nilailah saya kerana hati saya yang tulus mencintai awak. Saya sudi untuk disakiti, disayangi dan dicintai awak kerana saya ikhlas menyayangi awak. Harap awak tahu itu ^^.




Salam cinta dari saya,
Si gadis kidal yang tulus mencintai awak
SUHAILA SHAFYTH'S





♥ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ♥