REMEMBER THE PAST, PLAN FOR THE FUTURE BUT LIVE FOR TODAY BECAUSE YESTERDAY IS GONE AND TOMORROW MAY NEVER COME ヅ

About Suhaila Shafyth's

My photo
Ordinary girl with Extraordinary passion for everything she did ヅ Currently student Diploma in Nursing,KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA and BELIEVING and KNOWING that nothing can happen to us or hurt us, UNLESS it is by ALLAH's will ♥ Life always offers you a secoond chance. It's called tomorrow.

Sunday 20 May 2012

Biarkan dia mencari damai di hati sendirian.


Assalamualaikum ^.^

Seperti manusia lain, ada masa pasangan anda menghadapi masalah  di tempat kerja atau di rumah.  Atau, dia mungkin marah sesuatu.  Mungkin juga dia kepenatan.  Dalam keadaan begitu, dia ingin masa sendirian.

Ya, walaupun anda berdua telah berumahtangga,  ada ketikanya pasangan anda memerlukan masa sendirian.  Ia mungkin berbentuk berada dalam bilik tidur seorang diri, menonton tv tanpa anda di sisi atau keluar memandu untuk mengambil angin petang.

Dalam keadaan itu usah desak dia untuk bersama anda. Biarkan dia mencari damai di hati sendirian.

Ada kala masa sendirian yang diperlukannya itu terlalu singkat, 10 atau 15 minit sudah memadai. Ada waktu, ia mungkin sampai dua atau tiga jam. Berikan "ruang" kepada dia. 

Usah fikirkan yang negatif apabila pasangan anda meminta untuk sendirian. Dia bukan menolak anda, atau tidak menghargai kehadiran anda di sisinya.

Masa sendirian membolehkannya "bernafas" dan berfikir -- "soul searching". Ia adalah satu terapi yang mujarab.

Selepas seketika sendirian, dia akan kembali bersama anda --> pasangan yang dicintainya!



♥ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ♥

No comments:

Post a Comment